Not Just A Low Cost – Dengan tagline “Bukan Sekadar Tambang Murah”, Malindo Air tampil sebagai gergasi baru syarikat penerbangan tambang murah berpangkalan di Malaysia menggunakan konsep Hybrid Airlines – keselesaan dengan tambang yang murah. Ia adalah usahasama antara NADI (National Aerospace & Defence Industries) dan Lion Air Indonesia dengan pegangan saham 49:51.

Latar Belakang NADI

NADI  (National Aerospace & Defense Industries), yang dahulunya dikenali sebagai Aerospace Industries Malaysia Sdn Bhd, merupakan entiti penting  dalam industri aeroangkasa dan pertahanan, yang berpangkalan di Subang. Syarikat-syarikat di bawah Kumpulan Nadi ialah Airod, Airod Techno Power, Aerospace Technology Systems Corp & SME Aerospace yang terlibat dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan, pengubahsuaian dan naik taraf enjin, aeroangkasa bahagian pembuatan dan avionik.

Lion Air

Lion Air merupakan gergasi penerbangan terbesar Indonesia. Ia terbang ke lebih daripada 36 bandar di Indonesia dan banyak destinasi lain seperti, Singapura, Malaysia dan Vietnam dengan pesawat  terbaru Boeing 737-900ER.

Pesawat Malindo Air

Malindo Air menggunakan pesawat Boeing B737-900ER yang dilengkapi dengan kemasan Boeing Sky Interior yang moden dan direka dengan kemasan yang sama dengan Boeing 787. Pesawat ini adalah sebahagian daripada pesanan pesawat daripada Lion Air yang dibuat pada 2011 yang mencatatkan sejarah pesanan terbesar. Pembelian pesawat ini disaksikan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mencatatkan pembelian 230 pesawat termasuk Boeing 737-900ER dan 787-8 Dreamliner bernilai AS $ 21, 7 bilion.

Title Pesawat Malindo Air – Boeing B737-900ER
Title Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meyaksikan pembelian Pesawat Boeing oleh Lion Air pada 2011

JomlahBercuti.com telah dijemput oleh Malindo Air untuk liputan pelancaran Malindo Air di Kuching pada 4 April 2013 yang lalu. Walaupun secara teknikalnya diklasifikasikan sebagai syarikat penerbangan kos rendah, pengalaman selama 1jam 30 minit diudara bersama Malindo Air ke Kuching memberi keselesaan yang berbeza dari pesaing kos rendah yang lain.

Tempat Duduk Penumpang

Menggunakan pesawat B737-900ER baru, Malindo menawarkan pilihan kelas  perniagaan dan kelas ekonomi yang selesa dan menarik. Tempat duduk kelas perniagaan, mempunyai keluasan 45 inches seat pitch lebih besar berbanding dengan Malaysia Airlines dengan keluasan 42 inches seat pitch . Ia juga mempunyai penyandar kaki (footrests) dan boleh dilaraskan untuk kesesuaian penumpang.

Title Tempat duduk Business Class Malindo Air
Title Memang selesa..interframe sikit :-)
Tempat duduk Kelas Ekonomi juga memberikan keselesaan yang berlainan kepada penumpang, jika sebelum ini kebiasaannya fenomena sakit lutut akan berlaku bagi penumpang kelas ekonomi ohh..Tapi kini tidak lagi dengan Malindo Air. Keluasan tempat duduknya boleh dikatakan terbaik dalam kelas penerbangan tambang murah di Malaysia.Malindo Air memberikan keluasan 32 inches seat pitch, berbanding Air Asia dengan 29.5 inches seat pitch dan Malaysia Airlines (MAS) 30 inches seat pitch.
Title Tempat Duduk Ekonomi Malindo Air
Title Pandangan Keseluruhan Kelas Ekonomi
Title Senyum lebar nampaknya :-)
Hiburan Dalam Penerbangan

Agak luar biasa dalam penerbangan tambang murah, penumpang kelas ekonomi diberi akses kepada inflight entertainment .Dengan konsep penerbangan hybrid yang diperkenalkan oleh Malindo Air, keselesaan dengan harga murah adalah suatu realiti.

Malindo Air telah melantik syarikat global dalam perkhidmatan Inflight Entertainment iaitu Interact sebagai penyedia perkhidmatan hiburan dalam pernerbangannya. Pihak Interact akan mengemaskini kandungan hiburan setiap 2 bulan untuk menyajikan pengalaman hiburan yang terkini bagi penumpang. Penumpang boleh memilih dari 12 pilihan filem Hollywood dan Asia yang terbaru serta terdapat 20 permainan interaktif untuk dicuba.

Jangan lupa untuk membawa headset anda sendiri kerana ia tidak dibekalkan percuma, bagi yang terlupa boleh dibeli dengan harga RM5 sahaja. Juga special untuk smartphone, anda boleh mengecas telefon anda melalui usb port yang disediakan.

Title Malindo Air Inflight Entertainment
TitlePilihan Hiburan
Peruntukan Bagasi

Untuk Kelas Ekonomi, Malindo Air menawarkan peruntukan bagasi percuma sebanyak 15 kg dan 30kg untuk kelas perniagaan.

Makanan

Untuk perjalanan ke Kuching sarapan sandwich dan air mineral akan diberikan secara PERCUMA pada ketinggian 37000 kaki dari aras laut.

TitleMakanan Percuma

Pada masa ini, Malindo menawarkan tiga penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan empat penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Kuching. Laluan tambahan di seluruh Malaysia, Asia dan juga Australia akan diperkenalkan selaras dengan perkembangan syarikat. Malindo menjangka menerima pesawat dua lagi pada bulan Jun, dan lapan lagi pesawat pada separuh kedua tahun 2013 – menjadikan jumlah 12 pesawat secara keseluruhannya.

Info dan Tempahan

Untuk tempahan  : http://www.malindoair.com/

Facebook : https://www.facebook.com/malindoairmalaysia

Intagram : https://instagram.com/malindoair (#malindoair)

Twitter : https://twitter.com/Malindo_Air (#malindoair)

Pusat Panggilan : +603 7841 5388

Pelepasan dan Ketibaan : KLIA

Kredit

Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Malindo Air kerana menjemput kami untuk membuat ulasan penerbangan Malindo Air,tak lupa juga kepada krew penerbangan yang melayan kami dengan layanan kelas pertama.

Ada apa-apa info nak tambah atau komen? Jom komen kat bawah ni ya. Jika artikel ini bermanfaat "LIKE" dan "TWEET" untuk sebarkannya. Untuk kemaskini artikel,Info percutian dan tawaran menarik bolehlah Daftar Disini untuk info terus ke email anda.